mam al-Zahabi meriwayatkan daripada Nasr al-Balkhi bahawa, Ahmad bin Harb
al-Naisaburi (w: 234H) berkata:
عبدت الله خمسين
سنة ، فما وجدت حلاوة العبادة حتى تركت ثلاثة أشياء : تركت رضا الناس حتى قدرت أن
أتكلم بالحق ، وتركت صحبة الفاسقين حتى وجدت صحبة الصالحين ، وتركت حلاوة الدنيا
حتى وجدت حلاوة الآخرة .
Maksudnya: “Saya beribadah kepada Allah s.w.t. selama lima puluh tahun,
namun saya tidak dapati kemanisan dalam ibadah tersebut sehinggalah saya
meninggalkan tiga perkara: Saya meninggalkan redha manusia sehingga saya mampu
berkata yang hak (benar), saya meninggalkan bersahabat dengan orang-orang fasiq
sehinggalah dapat bersahabat dengan orang-orang soleh dan saya meninggalkan
kemanisan dunia sehingga saya dapati kemanisan akhirat.” [Siyar A’lam
al-Nubala’ dalam manaqib Ahmad bin Harb]
No comments:
Post a Comment